HomeReviewsCarsCan A Young Adult Own A Car In Malaysia?

Can A Young Adult Own A Car In Malaysia?

Realiti Anak Muda di Malaysia.

Saya Mohan, seorang warganegara Malaysia berumur 24 tahun. Sebagai seorang penulis automotif, saya akan meneroka sebab-sebab dan kesukaran generasi muda untuk memiliki kereta baharu (macam Perodua Bezza).

Sebagai seorang pemegang ijazah sarjana muda yang belajar di sebuah Universiti swasta dengan bantuan PTPTN bagi menghabiskan pelajaran saya, sudah tentu bebanan hutang pendidikan sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada hidup saya.

perodua new car

Saya sudah bekerja dua tahun di premis makanan segera sebelum saya kerja sebagai penulis, walaupun telah lama bekerja, saya masih tidak memiliki kereta sendiri. Ia adalah masalah yang popular untuk mereka yang berumur di antara umur 20-30an. Sebab utama keadaan ini berlaku adalah inflasi.

Terserah anda untuk bersetuju atau tidak dengan pandangan saya, tetapi jika anda bertanya pada individu dalam golongan umur yang saya sebutkan tadi, kebanyakan mereka akan bersetuju inflasi adalah sebab utama kesukaran hidup anak muda pada hari ini. Terutamanya dengan kos sara hidup yang sedang naik, tetapi kadar gaji tidak berganjak.

Sebagai seorang penulis untuk dua publikasi dalam talian dengan gaji saya adalah RM3,000 sebulan, saya masih merasakan tekanan hidup yang tinggi. Tinggal di Subang Jaya – saya tidak memiliki masa untuk memiliki hobi kerana sibuk bekerja – ramai anak muda seperti saya, memiliki lebih daripada satu kerja untuk menyara hidup.

perodua used car

Walaupun dengan kerja keras, duit simpanan masih tidak mencukupi untuk memiliki kereta baharu. Bayangkan bagaimana dengan anak muda yang hanya mempunyai satu pekerjaan, sudah tentu situasinya lebih sukar. Kita andaikan sahaja bahawa mereka mendapatkan gaji bulanan RM2,200, adakah ini cukup untuk memiliki kereta baharu (juga kereta terpakai modern) di bandar besar?

Kos sewa rumah saya di Subang Jaya adalah sekitar RM700, selepas bayaran balik PTPTN dan bil telefon serta wifi, air dan elektrik, baki saya adalah kurang daripada RM1,000, apatah lagi untuk kawan yang hanya mendapatkan gaji RM2,200?

Dahulu kebanyakan pekerja mampu memiliki kereta dan rumah dengan gaji minima, sekarang harga barang dan kereta telah naik terlalu tinggi tetapi gaji kita tidak mengikut trend itu. Inilah sebabnya generasi sekarang menyatakan bahawa inflasi adalah faktor utama dalam kesukaran hidup.

Article contributed by a Malaysian young adult.

Daniel Sherman Fernandez
Daniel Sherman Fernandez
www.dsf.my is a service to the public and other website owners. www.dsf.my is not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site www.dsf.my. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this website is correct, complete, and up-to-date. www.dsf.my is not responsible for the accuracy or content of information contained inside.
RELATED ARTICLES

Most Popular